Latar Belakang ASBFKL

Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Permulaan kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang, ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik jasmani rohani untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar.

ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA. Pada tahun 2018, jumlah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di ASBFKL yang direkodkan ialah seramai 164 orang.

Lihat Kemudahan Asrama

Senarai Sekolah ASBFKL


  • SMK AMINUDDIN BAKI
  • SMK CONVENT BUKIT NENAS
  • SMK METHODIST
  • SMK VICTORIA INSTITUTION
  • SMK (P) BANDARAYA
  • SMK SERI AMPANG

Pengurus Asrama

ENCIK MOHD NURI AL-AMIN BIN MOHAMAD

Alamat

ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA KUALA LUMPUR JALAN AU 2C, AMPANG ULU KLANG, 54200 KUALA LUMPUR.

No Telefon / Fax

03-42527822 / 03-42514021 (FAX)