Asrama Semai Bakti Felda Pemangkin Kejayaan Keunggulan Intelek

Kejayaan serta pencapaian ASBF bukan sahaja telah diperkatakan di peringkat FELDA, malah ASBF telah menarik minat pelbagai institusi pendidikan untuk dijadikan sebagai contoh.

Asrama Semai Bakti FELDA

Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) telah diwujudkan bagi memberi peluang kepada generasi baru FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar. ASBF juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.

Sepanjang 43 tahun penubuhannya, ASBF telah memberi impak yang tinggi melalui pencapaian dan kecemerlangan pelajar-pelajar termasuk sebahagian darinya telah memegang jawatan yang penting dalam pentadbiran negara.

  • MELESTARI ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA

  • Melaksanakan tranformasi pendidikan generasi baharu FELDA selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
  • Menguruskan bantuan pendidikan dan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang akademik atau kemahiran
  • Mengadakan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi melaksanakan program kecemerlangan pendidikan
  • Meneruskan dana pendidikan melalui kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan FELDA

  • Menyokong Dasar Pendidikan Negara Melalui Program Kecemerlangan Pendidikan Yang Berkualiti
  • Menguruskan Proses Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Secara Sistematik Dan Berkesan
Prestasi Pelajar
90%
Kurikulum / Ko-kurikulum
85%
Status Kewangan
75%
Tanggungjawab Sosial Korporat
85%

Tentang Kami

FELDA dibentuk pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah berkuatkuasa. Penyelesaian FELDA yang pertama adalah di Air Lanas di Kelantan

1990

Hala Tuju

Mereka perlu gigih dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan. Perasmian Asrama Semai Bakti Kelana Jaya pada hari ini dalam tahun 1990 telah membuktikan bahawa Pihak Pengurusan memandang serius mengenai pembangunan pendidikan kepada anak-anak peneroka. Dari segi objektifnya Felda berusaha untuk menempatkan golongan miskin di tanah-tanah rancangan-rancangan untuk meninggikan taraf hidup mereka, di samping berperanan memupuk dan membentuk satu masyarakat yang maju dan berilmu. Penubuhan Asrama-asrama Semai Bakti adalah salah satu cara bagi menyempurnakan hasrat dan cita-cita murni tersebut.

1988

PEMBANGUNAN

Asrama Semai Bakti Kelana Jaya yang dirasmikan pada hari ini telah mula dibina pada Ogos 1988 di mana upacara perletakan batu asasnya telah dilakukan oleh Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah Y.B. Datuk Dr. Sulaiman b. Daud. Perdana Menteri semasa merasmikan Asrama tersebut menyatakan bahawa pendidikan adalah merupakan alat yang penting dan keperluan utama kepada kemajuan sesebuah negara.

1956

ASAS PEMBANGUNAN

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA; Lembaga: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan untuk mengendalikan penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan yang baru dibangunkan dan untuk menganjurkan ladang pekebun kecil yang semakin berkembang.